Ramai yang menggemari aktiviti memancing. Pelbagai jenis kaedah dan tempat memancing boleh didapati di Sabah. Mahupun yang kolam buatan, terbiar atau liar, tali air dan juga sememangnya.. laut.

Laut juga mempunyai beberapa jenis lokasi, antaranya tepi muara, pinggiran dan juga Laut Dalam. Selain itu, terdapat juga Kolam air masin buatan manusia.

Hari ni, saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman saya dalam aktiviti memancing di Laut Dalam. Diharapkan pemancing baru yang berminat untuk turun ke laut, mendapat sedikit petua yang berguna nanti.

Sebelum turun ke laut
– Cari dan cuba ikuti group watsapp pancing yang kini kian popular. Disini anda akan dapat mengetahui cara2, info2 dan trip2 pancingan dari saudara2 dan saudari2 penggemar pancing yang lain
– Cuba ikut trip pinggiran beberapa kali untuk merasai bagaimana rasanya berada di atas bot kerana ianya adalah berlainan jika dibandingkan dengan pemancingan di tepi muara atau di tepi laut
– Sediakan satu ‘checklist’ jika anda tidak biasa dan tak ingat semua barang yang hendak dibawa. Saya sendiripun ada checklist supaya tak lupa
– Sediakan barang2 ‘spare’ seperti rod dan kekili extra. Supaya sekiranya rod dan kekili asal rosak, anda masih boleh memancing dan tidak putih mata sahaja melihat kawan2 lain memancing
– Bawa barang2 makanan yang secukupnya supaya anda tak kelaparan di tengah malam ketika memancing

Semasa di atas kapal
– Pilih tempat tidur (bunker) yang sesuai dan berdekatan dengan tempat memancing anda yang telah ditetapkan
– Bawa barang2 pancing ke tempat pancingan anda
– Sediakan umpan dan isi ais secukupnya
– Sekiranya anda tak pasti boleh tahan Mabuk, pergi bunker dan tidur dulu
– Bermula pancing apabila Bot berhenti 😀

Petua2 menangani Mabuk Laut
Pastikan anda mendapat tidur secukupnya
– Makan ubat Veloxin atau jenis2 yang lain (ubat Motion Sickness yang boleh didapati di farmasi)
– Boleh juga guna motion sickness bracelet, juga boleh didapati di farmasi
– Jangan biarkan perut kosong, makan sebelum naik bot dan semasa perjalanan bila perlu
– Bawa barang makanan yang manis, masin, pedas dan masam untuk merangsangkan deria rasa. Ini boleh menolong supaya tak mabuk juga
– Beli sedikit minuman bergas supaya anda boleh ‘burp’ bila perlu untuk mengeluarkan gas dari perut
– Tidur semasa dalam perjalanan pergi dan balik
– Kalau boleh sediakan perambut sebelum mengikuti trip supaya anda tak perlu sediakan semasa dalam bot
– Buka cermin mata sekiranya boleh kerana akan menganggu fokus dan seterusnya membuat keadaan lebih senang dan teruk mabuk
– Sekiranya anda sudah mula rasa loya dan mabuk, teruskan ke Bunker dan tidur terus sehingga berdengkur. Dengan harapan selepas bangun nanti, anda tidak lagi berapa terlalu mabuk dan boleh teruskan memancing. Telan juga 2x pill Veloxin tu terus

Walau bagaimana teruk sekali pun, makan dan minum adalah perlu kerana anda perlu tenaga tu dan supaya tidak kehausan sehinnga Dehidrasi berlaku. Kalau teruk, makan dan minum lepas tu tidur terus

Selamat Memancing dan semoga diberkati banyak hasil 😀

 

Leave a Reply